Background Image

PRIHATIN KESIHATAN

MYHEART - KERJASAMA IJN FOUNDATION

Kerjasama antara Yayasan MyPrihatin dengan IJN Foundation bermula dengan kes adik beradik kembar Alimi Aliff dan Azizi Aliff pada pertengahan Disember 2015 apabila mereka memerlukan RM100,000 untuk menjalani pembedahan di salah sebuah hospital swasta di utara tanah air.

Merasakan jumlah tersebut terlalu tinggi dan Yayasan MyPrihatin hanya dapat mengumpul RM8,100 sahaja dalam tempoh 2 minggu kutipan, pihak Yayasan MyPrihatin telah bertemu dengan pihak IJN dan IJN Foundation bagi memindahkan kes ini ke IJN.

Bermula dari detik tersebut kerjasama telah terjalin antara Yayasan MyPrihatin dengan IJN Foundation. Dan Perjanjian Persefahaman (MoU) Program MyHeart MyPrihatin-IJNF telah ditandatangani pada 23 Mac 2016.

Screenshot
Screenshot

KERJASAMA BERSAMA PPUKM

Yayasan MyPrihatin bercadang untuk mengadakan kerjasama strategik dengan Jabatan Otorinolaringologi, Pusat Perubatan UKM bagi rawatan Implan Koklear. Buat masa sekarang, pihak kami telah berjaya membantu mengutip dana bagi 2 kes di mana salah seorang penerima sumbangan tersebut telah berjaya melakukan pembedahan.

Pihak kami memilih Jabatan Otorinolaringologi, Pusat Perubatan UKM kerana ianya merupakan tempat yang terbaik di Malaysia dalam melakukan rawatan bagi Implan Koklear.